like page..

Followers

love


Wednesday, 26 December 2012

Tips Kurangkan Berat Badan..




Hai semua kali nie mars nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan berat badan..
Untuk mengelakkan obesiti kita mesti jaga kesihatan...Jom Try.. !!


Senaman
Tips kurus paling berkesan adalah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan supaya tak membebankan badan.
Makan Makanan Sihat
Seimbangkan diet korang lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan. Ada jugak tips untuk kurus menyatakan menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah patut diamalkan. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan andai diberi pilihan, amalkan pengambilan yogurt.

tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet. Makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.
Kawal emosi
Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus  iaitu bijak mengawal emosi dan pemikiran maka korang akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri.
Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kuruskan badan akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Semoga korang suker hehe..:)





No comments:

Post a Comment